Friday, March 8, 2013

choose ONE ! bertudung ATAU freehair ??

Assalamualaikum semua :)

agak lama juga aku tak buat semak dalam blog ni.. sekarang baru terdetik dalam hati nak share pasal diri aku yang sekarang :) okey..now kita teruskan dengan title posting kita kali ini.. 

"choose ONE ! bertudung ATAU freehair ??"

aku suka sangat dengan statement di bawah ini :  

 "Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas berkahwin. Sebab taknak bagi suami dosa. Tapi relakah kamu bila bapa menanggung dosa sebelum bernikah."

kalau korang semua nak tahu,sebelum ini aku bukanlah seperti yang korang semua lihat sekarang. dulu aku pun freehair seperti korang, aku pun bergaul seperti korang, aku pun berpakaian seperti korang, dan aku sama seperti korang. aku akui dahulu aku juga senang "bertepuk tampar dengan lelaki" dan lelaki juga seolah-olah macam tidak memberi "kehormatan" kepada aku seperti mana aku dapat "kehormatan" itu sekarang :) 

aku bersyukur sangat dengan diri aku sekarang. baru aku tahu,kenapa Allah selalu beri dugaan terhadap aku. sebab Allah sayang aku, Allah nak aku sentiasa ingat padaNya, Allah nak aku sedar akan kewujudanNya.. aku mula bertudung starting from first day aku daftar kolej.. even pakaian aku sekadar "membaluti badan" aku, aku cuba untuk belajar memakai tudung dengan sempurna. Alhamdulillah..sekarang Allah dah sedarkan aku..Allah dah buka mata aku dan pintu hati untuk menerima ajaranNya dengan sempurna.. Allah dah tunjuk kepada aku cara-cara pemakaian seorang muslimah dengan sempurna..dan sekarang, aku cuba sedaya upaya aku untuk menutup aurat aku dengan sempurna.. sekarang juga, aku lebih rasa "dihormati" .. insyaallah.. sahabat lelaki aku juga mejaga batas-batas mereka dengan aku .. alhamdulillah :) subahanallah :") 



take a note :
-aku bukan ceramah agama,aku just nak sharing story aku :)
-sebabkan aku sayangkan Allah dan keluarga aku,aku seperti ini sekarang.
-aku boleh , takde sebab korang tak boleh..
-paksa diri untuk tutup aurat..insyaallah..lama-lama kita pasti ikhlas membuatnya :)

No comments:

Post a Comment